Sunday, February 2, 2020

Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Sukarela dan Serah Terima Tugas Komander REJ 502 AW

Bil: 002
Tahun: 2020
Tarikh: 1-2 Februari
Tempat: Rej. 502 Askar Wataniah, Kem Sg Buloh
Kehadiran Anggota Dari UniKL MIAT:
  1. Amiruddin Arif 
  2. Lee Zhi Xuan
  3. Wan Mohd Aiman 
  4. Abdul Rahman
  5. Muhammad Arif Haiqal
  6. Abdullah
  7. Ahmad Rezal Zakry
  8. Muhammad Helmy Hafizy
  9. Muhammad Aiman
  10. Ahmad Nur Hakim
  11. Muhammad Ikhmal Haiqal
  12. Hamimi Aqil

Catatan 
Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Sukarela dan Serah Terima Tugas Komander REJ 502 AW
SELANGOR: Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Tahun 2020 dan Serah Terima Tugas Komander Rej 502 AW berempat di Kem Sungai Buluh telah dilaksanakan pada 2 Februari 2020.
Penglibatan seramai 13 pegawai dan 70 anggota LLP Tetap serta 41 pegawai dan 219 anggota LLP Sukarela.
Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Tahun 2020 dan Serah Menyerah Komander Rej 502 AW telah diadakan di Padang Kawad Rej 502 AW diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kedua, Lt Kol Ridzuan Shoib.
Majlis serah menyerah Komander Rej 502 AW di antara Pemangku Komander Rej 502 AW, Lt Kol Mohd Subhi Marsan dengan Komander Rej 502 AW yang baru iaitu Kol Sazali Sukardi.
Kedua-dua Majlis ini telah disempurnakan dan disaksikan oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Norsham Md Tap dan Timbalan Komander Rej 502 AW, Lt Kol Azmi Tukiman.
Perbarisan turut diserikan lagi dengan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 3 orang pegawai serta 11 orang Anggota LLP Sukarela Rej 502 AW.
Majlis diteruskan dengan acara bergambar dan jamuan makan tengah hari bersama anggota.
Panglima 11 Bgd juga turut beramah mesra bersama semua pegawai dan Anggota Sukarela yang hadir.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen para pegawai dan Anggota Sukarela yang hadir dan beliau berharap agar mereka akan terus bersemangat di dalam menjalani latihan-latihan sepanjang tahun ini.
Majlis ini diakhiri dengan Panglima 11 Bgd menandatangani buku lawatan Rej 502 AW.

Oleh: Rej 502 AW

No comments:

Post a Comment